Alhamdulillah, 2010 membawa rezeki yang bermakna pada Mak Ngah &
Pak Ngah. Tulisan ini sekadar peringatan agar tidak mudah lupa dengan
segala pemberian Allah S.W.T.
1. 22 April 2010: berjaya membawa Nek Wan dan Tok
Baba ke Tanah Suci Mekah untuk melaksanakan umrah. Walaupun belum
berkemampuan untuk menghantar mereka untuk menunaikan Haji,
sekurang-kurangnya dengan melaksanakan umrah, mereka dah pernah merasa
jejak ke tanah suci Mekah & Madinah.
2. Alhamdulillah, selepas pulang dari umrah, pelbagai rezeki diterima.
Nov 2010: Pak Ngah terpilih ke Global Outreach Program anjuran UTM ke Beijing, China.
Dis 2010:
Mak Ngah juga terpilih ke Global Outreach Program anjuran UTM ke
Beijing China. Walaupun Mak Ngah & Pak Ngah x pergi saing, tapi
seronok kerana dapat pergi ke luar negara lagi-lagi tempat yang
dikatakan antara 7 tempat ajaib di dunia (dulunyalah).
3. Lepas balik China, Mak Ngah & Pak Ngah terpilih mengikuti
Kursus Healthy Living anjuran UTM di bawah pimpinan Datin Seri Dr.
Zainah Mokhtar (isteri Naib Canselor UTM).
4. Dis 2010: Dipermudahkan buat treatment polistic ovary syndrome (PCOS) dengan Prof. Dato’ Khalid (anak kepada Tun Fatimah).
No comments:
Post a Comment