Wednesday, December 22, 2010

Jeddah-Madinah

Kami tiba di Jeddah pukul 8.00 mlm (waktu Jeddah). Kami perlu menaiki bas untuk menuju ke terminal lapangan terbang Jeddah. Setiba di terminal, kami beratur untuk mengecop passport. Setiap ahli rombongan perlu bersama mahram masing-masing.

Alhamdulillah, kami berempat sentiasa bersama dan yang terawal keluar daripada pemeriksaan imigresen. Kami membayar penolak troli SR20 dan memberi passport pada budak Arab. Nasib baik, Pak Aji Osman dah terangkan pada kami tentang pengambilan passport oleh budak Arab.

Untuk pengetahuan, sepanjang melaksanakan umrah, kita tidak akan memegang pasport. Jadi, taklah terperanjat sangat bila orang minta serahkan pasport. Rupanya ahli rombongan lain tidak diberikan maklumat tersebut, mereka seakan terkejut dan takut untuk menyerahkan pasport masing-masing. Kami pun beritahu serahkan je, baru mereka serahkan. Sebab budak Arab ni menghadang tak kasi keluar daripada terminal selagi tak serahkan pasport.

Tepat jam 12.00 tengah malam (waktu Jeddah), kami bergerak dan berhenti makan dan sembahyang berdekatan Lulu Supermarket (15 minit daripada airport Jeddah). Kami makan makanan dibungkus dalam aluminium foil (nasi putih, ayam suku, kacang panjang dan sambal tomato). Sedap...Yang bestnya makan kat depan kedai, xde kerusi dan meja.berderet-deret makan reramai.

Kami bergerak ke Madinah jam 1.20 pagi (waktu Jeddah).