Monday, November 22, 2010

Transit di Bahrain

Kami sampai Bahrain jam 1.30 petang (pukul 6.30 petang waktu Malaysia).

Banyak kelebihan kami perolehi semasa transit di Bahrain.
1) Dapat layanan baik daripada information centre, walaupun tiada boarding pass, dia bagi masuk
2) Kami antara orang terawal masuk pintu 12.

Penerbangan kami ke Jeddah sepatutnya jam 5.15 petang tapi ditangguhkan pada 6.50 ptg (waktu Bahrain) dengan menaiki penerbangan GF 173. Nek Wan sampai tertidur, mata Mak Ngah pun dah ngantuk menunggu. Rupanya waktu Malaysia dah pukul 10 lebih.

Dalam penerbangan ke Jeddah, kami duduk berempat. Kami diberi makan Nasi Ikan. Perjalanan Bahrain-Jeddah mengambil masa 2 jam 15 minit.

No comments:

Post a Comment