Wednesday, June 16, 2010

SAMBUNGAN DIARI UMRAH

22 April 2010 - Bermulalah perjalanan KL-Bahrain-Jeddah


Jam 7 pagi bergerak dari Kota Warisan ke KLIA. Flight Gulf Air (GF281) dari KL-Bahrain jam 10.30 pagi. Tapi kena ada kat KLIA 3 jam sebelum flight. Nasib baik dari Kota Warisan ke KLIA ambil masa 15 minit je.

Sampai KLIA, terus pergi kaunter K untuk proses pendaftaran bagasi. Kami bawa 7 beg tapi cuma daftar masuk 3 beg jer. 4 lagi beg, kami bawa naik atas kapal terbang sebab Pak Aji Osman pesan agar setiap sorang daripada kami bawa beg berasingan yang mana isinya baju sepersalinan, telekung, kain sembahyang dan barangan mandian. manalah tau kot-kot nak mandi.

Wakil Andalusia (Khairul Ihsan) telah menanti kami dan telah mengagihkan beg yang berisi makanan (roti, coklat, gula-gula & air kotak) serta tag nama kepada ahli rombongan.

Ketua rombongan kami, Ustaz Abdul Ghani berasal daripada Negeri Sembilan. Ahli rombongan kami seramai 38 orang yang mana 20 orang adalah kaum kerabat & orang kampung Ustaz Abdul Ghani.

Mak Ngah & Pak Ngah memang dah sepakat bawa Nek Wan guna kerusi roda bagi mengelakkan Nek Wan penat. Tapi, banyak kelebihan kitorang dapat bila bawa Nek Wan guna kerusi roda.

Jam 8.30 pagi, wakil Andalusia minta ahli rombongan berkumpul dan menyerahkan pasport kepada semua ahli rombongan. Dalam 9.30 pagi, semua ahli rombongan mula bergerak ke pintu C12. Untuk sampai ke pintu C12, ahli rombongan perlu menaiki tren. Almaklum, naik penerbangan antarabangsa.

Alhamdulillah, kami melepasi check-in dengan mudah. Ada juga yang sangkut, sebab bawa air dan ubat gigi lebih 100gm.

Bila sampai masa untuk berlepas, petugas terus jumpa kitorang sebab nak bawa Nek Wan yang pakai kerusi roda masuk awal. So, kitorang pun tumpang sekaki dapat masuk awal kerana bawa Nek Wan.

Bila jejak kapal Gulf Air, suka sangat sebab kitorang dapat tempat duduk (20D, 20E, 20F dan 20G) yang luas sekali antara ahli rombongan. Siap boleh selunjur kaki lagi. Jadi, senang sikit Nek Wan nak luruskan kaki. Sebab perjalanan dari KL ke Bahrain mengambil masa 8 jam.

Penerbangan Gulf Air (GF 281) KL-Bahrain merupakan penerbangan antarabangsa pertama Tok Baba & Nek Wan.

Sepanjang penerbangan ke Bahrain, kami dihidangkan dengan welcome drink, makan tengah hari dan minum petang. Kami dihidangkan air oren (welcome drink), nasi putih, jus guava, sayur bendi, rendang daging, roti, coslow, coklat dan coconut pineapple cheese cake (makan tengah hari) dan roti campur cheese, buah-buahan dan kopi (minum petang). Memang bestlah. Sedap...

Rupanya Nek Wan dah tiga hari tak makan. Mungkin excited nak buat umrah. So, bila kat kapal, Nek Wan memang makan betul. Almaklum, dah naik kapal, baru rasa lapar.

Bagi menghilangkan kebosanan, setiap penumpang mempunyai tv kecil untuk menonton dan dibekalkan earphone untuk mendengar radio dan menonton tanpa menggangu penumpang lain. Nek Wan pun guna earphone untuk mendengar orang mengaji.

Pada tv kecil itu juga, kita boleh melihat peta yang menunjukkan kedudukan semasa kapal. Mak Ngah suka sangat sebab Mak Ngah dapat melintasi negara Arab dan India.

Almaklum, Mak Ngah punya Motto: Walaupun tak pergi sesuatu tempat, jejak atau lalu tempat tu pun, dah buat Mak Ngah suka. Yang penting, bila orang tanya dah pergi tempat tu, Mak Ngah bole jawab, `Belum, tapi dah lalu dah'. Itupun dah jadi satu kepuasan yang best sangat. Macam transit kat Bahrain ni, Mak Ngah suka sangat, sebab walaupun berada di airport Bahrain je, yang penting dah jejak Bahrain.
Kami sampai Bahrain jam 1.30 petang (pukul 6.30 petang waktu Malaysia).