Sunday, May 9, 2010

PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

Alhamdulillah, Mak Ngah (Nazli Jalil) & Pak Ngah (Mohd Shaifuddin Mohamad) selamat kembali ke Malaysia bersama Tok Baba (Jalil Mansor) & Nek Wan (Tumirah Minhat) setelah bermastautin di Madinah & Mekah selama 13 hari 11 malam bagi menunaikan umrah. Kami berangkat pada 22 April 2010 hingga 4 Mei 2010. Kami berada 5 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah. Kami sampai di Malaysia pada 4 Mei 2010 jam 9.45 pagi.

Pelbagai kisah menarik yang boleh dikongsi bersama sebagai iktibar dan keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.
Semoga pengalaman dan kisah teladan yang dicitrakan dapat diambil iktibar dan dorongan kepada pembaca untuk bersama-sama mendapat "Kad Jemputan" daripada Allah S.W.T.

DETIK SERU SAMPAI (NOVEMBER 2009)
Keluar minum pagi bersama geng (Nanina, Cik Ita & Kak Maz) ke Kafetaria Pak Lah. Masa minum bercerita pasal pergi umrah, hati macam berminat. Naik opis, terus call Pak Ngah. Tanya nak pergi tak, dia cakap dia x kisah. Bila Pak Ngah setuju, hati Mak Ngah makin lega.

PERISTIWA YANG MAKIN MENGUATKAN LAGI HATI UNTUK PERGI MELAKSANAKAN IBADAT UMRAH
Selepas beritahu Pak Ngah, petangnya ada temu janji dengan Dr. Kumar. Dr. Kumar beritahu pertengahan tahun 2010 kena buat IVF sebab dah lebih setahun buat treatment tapi x nampak hasil. Dia bgtau last choice buat ivf. Anggaran perbelanjaan dalam belasan ribu ringgit, tapi hanya 50% menjanjikan kejayaan bayi tabung. Bila dengar, hati dah sedih. Time tu juga saya dah nekad untuk pergi melaksanakan umrah.

PENCARIAN BERMULA
Besoknya, Mak Ngah yahoo messenger Pak Ngah. Mak Ngah bgtau Pak Ngah, bila teringat cakap Dr. Kumar, makin menguatkan lagi hati untuk pergi melaksanakan umrah. Mak Ngah cakap daripada kena buat ivf, apa kata kita buat umrah dulu, manalah tau ada hikmah yang tersembunyi. Pak Ngah pun setuju.
So, Mak Ngah terus pasang niat, klu betul diizinkan untuk melaksanakan umrah, Mak Ngah minta permudahkan segala urusan untuk ke sana. Bermula dari detik itu, Mak Ngah mula mencari pakej umrah yang sesuai untuk kami di dalam internet. Mak Ngah pun ada tanya kengkawan yang dah pernah pergi umrah.

Setelah mengambil kira 3 pakej yang dicari, akhirnya Mak Ngah & Pak Ngah sepakat memilih Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (ATTSB), menggunakan khidmat agen Hj Osman (019-7294848). ATTSB menawarkan pakej utk bilik berdua, bertiga dan berempat. Tiba-tiba terus teringat kat Tok Baba & Nek Wan. Ckp dengan Pak Ngah, daripada pergi berdua, apakata kita pergi berempat. Harga pun murah sikit (RM4590 seorang). Pak Ngah pun setuju. Mak Ngah bgtau Pak Ngah, kalau x bole bawa diorang g haji, sekurang-kurangnya kitorang bawa diorang pergi umrah dulu. Biar diorang nampak gambaran sebelum menunaikan haji.

Saya mula call Hj. Osman untuk tanyakan tarikh yang sesuai untuk kami pergi. So, kami pilih tarih 19 April - 1 Mei 2010 dengan penerbangan Gulf Air yang mana transit di Bahrain. Bila dah dapat kata sepakat, sy pun call abah, tanya dia nak x ikut kitorang. Abah kata duit x cukup. Kitorang ckp xpelah, kira dulu berapa, bakinya kitorang cover. Tok Baba ckp nantilah dulu. Nak tanya Nek Wan dulu. Kitorang cakap jangan lama sangat, sbb ATTSB ada harga promosi hingga 31 Disember 2009. Lama juga tunggu persetujuan mak & abah. Bila dah dapat persetujuan, saya pun terus bayar deposit RM1,200.00 (RM300 seorang).


PERTEMUAN PERTAMA DENGAN AGEN ATTSB
Hari Isnin, lepas balik kerja, kami pergi berjumpa Hj. Osman untuk mengambil beg bimbit & beg sangkut. Sempatlah Pak Aji bercerita pasal tempat mustajab untuk berdoa. Pak Aji serahkan lampiran untuk kami sediakan seperti minta sediakan gambar untuk visa, salinan surat beranak, salinan sijil nikah mak & abah & kitorang punya serta kad suntikan.

Esoknya,(Selasa), Pak Aji telefon suruh amik suntikan kat GH. Dia suruh pergi petang sbb tak ramai sgt. Kena bayar RM5 sorang. Suntikan tu tahan dalam 3 tahun. Klu buat kat swasta, kena bayar RM50 sorang.

DUGAAN DEMI DUGAAN

KISAH 1: NEK WAN DILAPORKAN TELAH MENINGGAL DUNIA TAHUN 1982
Pada hari nak buat suntikan umrah kat GH, paginya (dalam pukul 11.00 pagi) kami pergi ke Pejabat Imigresen Pekan Rabu untuk buat pasport Nek Wan & Tok Baba. Tapi sampai sana, nombor giliran dah habis. Rupanya dari pukul 6.30 pagi no. giliran dah habis. Almaklum sekarang buat pasport murah, kena bayar RM100 je. Masa kitorang buat masih harga lama (RM300). Takpelah, so Mak Ngah bgtau Tok Baba suruh datang besok dgn Nek Wan.

Keesokannya (Rabu), Mak Ngah telefon Tok Baba, tanya dah buat ke belum pasport. Tok Baba kata dia punya dah lepas. Nek Wan punya tak lepas. Mak Ngah tanya kenapa. Tok Baba cakap pegawai situ bagitau bila semak i/c Nek Wan, dia cakap Nek Wan tak boleh buat pasport sbb dah meninggal tahun 1982. Kitorang terperanjat. Sebab Nek Wan sempat mengandung 2 kali lagi beranakkan Uteh (6/6/1983) dan Busu (24/8/1989). Pihak Imigresen minta masa seminggu untuk semak semula dan minta Nek Wan sediakan dokumen yang membuktikan dia masih hidup dan akan telefon semula. Kitorang pun fotostatkan surat beranak Uteh & Busu.

Hari Isnin, pihak imigresen telefon suruh Nek Wan datang buat pasport. Rupanya kesilapan berlaku kerana tersalah tekan no. kad pengenalan. At last, dah siap Nek Wan punya pasport.

KISAH 2: I/C NEK WAN HILANG
Masa tu Nek Wan baru balik dari kampung,berhenti makan di Jambatan Batu Pahat yang ada Nasi Beriani Shah. Nek Wan kata mungkin i/c dia hilang kat situ sbb itu tempat last dia turun. Besoknya baru dia citer dgn Mak Ngah. Itupun dah petang Along telefon suruh antar Nek Wan pergi buat report hilang i/c. Kebetulan malam tu (Jumaat, 12 Februari 2010), kitorang nak g umah Uda Nor & Uda Pejal di Kota Warisan sebab 14 Februari 2010 (Tahun Baru Cina) ada kursus umrah kat Wisma Andalusia di Kampung Pandan, Taman Maluri. So, Pak Ngah bawa Nek Wan buat laporan polis kat Balai Polis Batu 10. Kat sana dapat buat laporan polis tapi xde pegawai yang mengesahkan sebab pegawai dah bercuti Tahun Baru Cina. Pak Ngah dan Nek Wan disuruh datang balik lepas Tahun Baru Cina. Barulah senang hati nak ke Sepang sbb Nek Wan dah ada surat laporan polis. So x risaulah kalau ada apa-apa berlaku. Kitorang gerak ke Sepang jam 11.00 malam.

Kisah 3: Survey Tempat Kursus Umrah dan Membeli belah di Masjid India

Kitorang sampai di Kota Warisan, Sepang (rumah Uda Nor & Uda Pejal) jam 5.30 pagi (13 Februari 2010), sebab kesesakan yang teruk. Almaklum, cuti Raya Cina. Kebanyakannya bergerak malam memandangkan makan besar hari Sabtu.

Sampai rumah Uda Nor & Uda Pejal, kitorang x terus tidur. Kitorang tunggu sampai masuk Subuh dan kemudiannya barulah berehat. Kitorang bangun pukul 8.30 pagi sebab kitorang rancang nak survey ke Wisma Andalusia menggunakan pengangkutan awam. Rupanya Tok Baba pun nak ikut. So, kitorang bertiga memulakan perjalanan dengan menaiki KLIA Transit di Salak Tinggi ke KL Sentral. Kemudiannya, kami menaiki LRT ke KL Sentral-Masjid Jamek-Ampang. Sampai di Ampang, kitorang dah x larat, sebab rasa mcm jauh sgt. Jadi kami ambil keputusan, untuk bergerak esoknya, kami akan menaiki KLIA Transit-KL Sentral, dari KL Sentral, kitorang naik LRT ke Masjid Jamek dan menaiki teksi ke Wisma Andalusia. Nasib baik masa survey, Nek Wan x ikut, kalau tak, mesti kepenatan.

Dari Ampang, kitorang balik semula menaiki LRT ke Masjid Jamek. Sampai di Masjid Jamek, kami terus ke Mydin Masjid India untuk membeli belah barangan umrah. Alhamdulillah, semua barang yang dicari dapat dibeli. Selepas selesai membeli belah, kami terus balik ke Sepang.

Kisah 4: Kursus Umrah di Wisma Andalusia

14 Februari 2010 (Ahad), kami keluar rumah jam 6.30 pagi dan terus menuju ke KLIA Transit Salak Tinggi. Sebenarnya inilah kali pertama Nek Wan & Tok Baba menaiki KLIA Transit dan LRT. Nampaklah kecuakan di muka Nek Wan tapi bahana terpaksa, dia pasrah jelah. Alhamdulillah, sebab cuti Tahun Baru Cina, jadi tak ramai orang naik KLIA Transit dan LRT. Senanglah pergerakan Nek Wan yang mana lututnya masih belum sembuh daripada pembedahan lutut. Dari Masjid Jamek, kami menaiki teksi terus ke Wisma Andalusia di hadapan Klinik Pergigian Kampung Pandan. Kami sampai dalam pukul 8.15 pagi. Kursus mula jam 9.00 pagi. Sempatlah kitorang bersarapan.

Memandangkan kursusnya jatuh pada hari Ahad dan Cuti Tahun Baru Cina, ramai orang yang datang contohnya Perak, Johor, Seremban, dan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehinggakan ruangan tangga tiga tingkat bangunan tu penuh. Mak Ngah & Nek Wan kat Tingkat 2 manakala Pak Ngah & Tok Baba kat Tingkat 3. Sesi pertama kursus, dikendalikan oleh Ustaz Redzuan daripada Mekah dan sesi kedua oleh orang Tabung Haji. Disebabkan makin ramai, bagi sesi kedua, pihak penganjur meminta orang yang akan pergi bulan April hingga Jun datang balik tiga minggu sebelum nak pergi kecuali orang yang datang dari jauh.

Alhamdulillah, kursus serta doa yang diberi dapat membantu pemahaman Pak Ngah & Mak Ngah. Kitorang mmg kosong dan x tau apa-apa. Tok Baba dan Nek Wan memang dah pergi kursus haji. Jadi, dapatlah membantu serba sedikit.

Selesai kursus, kami mengambil teksi terus ke KL Sentral. Kebetulannya jalan raya memang lengang. Keesokan harinya, kami pulang ke JB.

Kisah 5: Sambungan kes kehilangan I/C Nek Wan

17 Februari 2010 (Rabu), Mak Ngah dan Pak Ngah sambung cuti sebab nak settlekan surat laporan polis Nek Wan. Kitorang bawa Nek Wan ke Balai Polis Batu 10, untuk dapatkan tandatangan surat laporan polis dan bayar RM4. Kitorang bagitau Nek Wan, terlanjur kitorang cuti, jomlah buat terus i/c baru. Tapi Nek Wan tak nak. Dia cakap nak pergi dengan Tok Baba. Oklah, so kitorang pergi Tabung Haji untuk keluarkan duit.

Keesokannya, Nek Wan dan Tok Baba pergi ke Pejabat Pendaftaran Kulai untuk buat i/c baru. Mak Ngah telefon Tok Baba untuk bertanyakan perkembangan i/c Nek Wan. Tok Baba kata mula-mula dah siap, sekali bila keluar, Tok Baba nampak kat i/c sementara Nek Wan jantinanya salah, diorang letak lelaki. Tok Baba suruh Nek Wan pergi betulkan. Bila dah betulkan dan siap, Tok Baba suruh semak lagi.

Rupanya salah lagi. tahun kelahiran Nek Wan patutnya 1948, diorang boleh letak 1894. Wah terrornya Nek Wan, umurnya 116 tahun. Tapi Tok Baba cakap dah tak payah betulkan, baliklah dulu. Bila sampai rumah, Nek Wan cerita perkara yang berlaku. Along suruh juga betulkan sebab takut ada effect nanti.

Keesokannya, Mak Ngah call Pejabat Pendaftaran Kulai dan beritahu perkara yang berlaku. Petugas di sana membuat semakan dan meminta Nek Wan dan Tok Baba datang semula untuk memperbetulkannya. Akhirnya siap juga i/c Nek Wan. Biasanya sesiapa yang hilang i/c kena bayar denda RM100. Alhamdulilah, Nek Wan tak kena bayar.

Keajaiban-Keajaiban yang berlaku

Alhamdulillah, berkat doa mohon dipermudahkan segala urusan, perjalanan kami dipermudahkan bermula di Malaysia lagi.

Kisah 1:Perubahan Tarikh Berangkat

Masa tu tertengok jadual gaji 2010, ternampaklah rupanya gaji bulan April jatuh pada 22 April 2010. Kebetulan tarikh berangkat ke Madinah 19 April 2010. Masa tu jugak terdetik dalam hati, bestnya kalau dapat pergi 22 April 2010, jadi dapatlah topup duit belanja kat sana nanti.

Nak dijadikan cerita, Mak Ngah sms Pak Aji untuk beritahu akan bayar baki pakej pada 19 Mac 2010. Pak Aji telefon semula bagitau Mak Ngah ada tak Andalusia telefon bagitau penerbangan kitorang ditangguhkan ke 22 April 2010. Mak Ngah cakap belum. Tak lama lepas tu, orang Andalusia telefon bagitau bahawa tarikh 19 April 2010, Gulf Air tak ada penerbangan. Kalau nak juga tarikh 19 April 2010, kena tambah RM200 seorang untuk menaiki penerbangan lain. So, Mak Ngah telefon Pak Ngah dan beritahu apa yang berlaku. So, Pak Ngah cadangkan ambil jer tarikh 22 April 2010. Mak Ngah suka jer sebab apa yang Mak Ngah citakan dimakbulkan. Alhamdulillah, dapat Mak Ngah tambah duit belanja.

Kisah 2: Tutorial dengan Pak Aji Osman

Dalam bulan Mac 2010, kami mengikuti tutorial dengan Pak Aji Osman di rumahnya. Kami sampai ke rumahnya dalam pukul 9.30 malam. Sebenarnya Pak Aji baru balik dari Kuala Lumpur. Pada mulanya, Mak Ngah ingat nak batalkan, tapi bila Pak Ngah telefon Pak Aji, Pak Aji kata tak kisah, so kami pun bergeraklah ke rumahnya.

Sesampai di rumah Pak Aji, kami terus memulakan tutorial. Pak Aji mengingatkan Pak Ngah & Mak Ngah, memandangkan lutut Nek Wan masih belum pulih sepenuhnya, Pak Aji mencadangkan kami mengupah orang untuk menolak Nek Wan menggunakan kerusi roda. Upahnya dalam SR250.00. Ini untuk mengelakkan daripada ahli keluarga rasa terbeban. Bukannya apa, takut hati berkata-kata yang negatif, dah jadi tak ikhlas.

Memandangkan ini merupakan kali pertama mengerjakan umrah, Pak Ngah meminta Pak Aji Osman menerangkan secara terperinci perjalanan dari mula pendaftaran di Jeddah sehingga berada di Mekah. Tanpa kami sedari, tutorial berlangsung sampai pukul 2 pagi. Tapi rasa macam kejap je sebab seronok dengar ceritanya. Akhir sekali, Pak Aji Osman berpesan agar kami perbanyakkan sembahyang hajat dan sembahyang taubat bagi permudahkan urusan, tidur yang cukup dan banyak melakukan senaman bagi menguatkan stamina.

Ternyata, segala tutorial yang diberikan oleh Pak Aji Osman dan isterinya banyak membantu kami semasa kami berada di Tanah Suci. Terima kasih yang tak terhingga kepada Pak Aji Osman dan isteri atas ilmu yang diberi.

Kisah 3: Mohon dipercukupkan belanja

Ketika itu, tinggal lagi 12 hari untuk berangkat. Bujet untuk ke sana masih belum mencukupi. Pada mulanya, Pak Ngah & Mak Ngah risaulah juga. Tapi kitorang ingat pesan Pak Aji Osman suruh banyakkan sembahyang hajat. Alhamdulillah, selepas kami melaksanakannya, ada je rezeki untuk kitorang. At last, cukup juga perbelanjaan kami.

Di sini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang memberi sumbangan kepada kami. Hanya Allah yang dapat membalas segala sumbangan anda.

DIARI UMRAH

10 April 2010

Buat kenduri doa selamat sempena Tok Baba & Nek Wan nak pergi umrah di samping potong jambul anak Anjang Aki (Syasya Nur Zulaikha) dan doa selamat untuk Uda Ain yang ketika itu mengandung 8 bulan.

21 April 2010

Menaiki penerbangan Air Asia dari Johor Bahru-Kuala Lumpur jam 9.40 malam untuk tidur semalam di rumah Uda Ain & Uda Pejal. Tiba di Lapangan Terbang Senai jam 8.00 malam. Gerak dari rumah jam 7.30 malam. Ramai jiran mengucapkan selamat jalan. Empat kereta hantar kitorang ke airport. Tok Baba & Nek Wan naik dengan Along sekeluarga. Pak Ngah & Mak Ngah naik dengan Uteh & Ajak, Mak Long & Pak Long naik dengan Ayap. Busu, Bob & Peah satu kereta.

Sekarang ni, airport Senai tengah renovate, jadi kami terpaksa berjalan 10 minit menuju ke tempat pendaftaran. Di tempat check-in, saya mohon untuk mendapatkan wheel chair untuk Nek Wan. Miss Ticketing beritahu kena bayar RM12. Tak kisahlah dan Mak Ngah pun minta Miss Ticketing beritahu Air Asia Kuala Lumpur yang kitorang nak juga wheel chair masa kat LCCT.

Lepas pendaftaran, kami tunggu di ruangan menunggu. Tak lama, Abang Ting dan Kak Yah sekeluarga datang. Tepat jam 9.00 malam, kami diarahkan masuk ke Bilik Menunggu. Bermulalah detik adegan sedih antara ahli keluarga Jalil Hj. Mansor dan Tumirah Minhat. Al maklum, Tok Baba & Nek Wan tak pernah pergi jauh. Inilah pertama kali diorang ke luar negara. Itupun pak kal je nak pergi Mekah, kalau tak, tak hingin Nek Wan & Tok Baba nak berjalan ikut Pak Ngah & Mak Ngah.

Terima kasih Along sekeluarga kerana sponsor tiket kapal terbang Johor Bahru-Kuala Lumpur-Johor Bahru.

Sambungan kisah keajaiban

Kisah 4:Orang terawal menaiki Kapal Terbang AirAsia JB-KL

Disebabkan Nek Wan menggunakan kerusi roda, jadi Pak Ngah yang menolak kerusi Nek Wan dan Tok Baba (senior citizen) dibenarkan menaiki kapal terbang paling awal bagi memudahkan pergerakan. Mak Ngah naik saing dengan penumpang lain. Secara tidak langsung memudahkan perjalanan kami.

Bukan tu saja, Nek Wan, Tok Baba dan Pak Ngah dapat tempat duduk yang depan sekali. Mak Ngah dapat kerusi no.20. Sepatutnya diorang duduk belakang, jadi bila stewardess suruh diorang duduk depan, Mak Ngah dapat duduk sorang kerusi bertiga. Alhamdulilah, memang lapanglah tempat kitorang berempat.

Kitorang sampai KL dalam 10.30 malam. Bila dah sampai KL, Mak Ngah turun dulu. Nek Wan, Pak Ngah & Tok Baba turun last sekali sebab tunggu Nek Wan punya kerusi roda. Fuhhh...nasib baik minta kerusi roda, boleh tahanlah kalau berjalan dari tempat turun kapal terbang ke tempat ambil bagasi di LCCT. Mak Ngah boleh bayangkan macam mana Nek Wan berjalan. Masa Mak Ngah ambil semua beg, diorang belum turun lagi. rupanya Air Asia KL lambat terima pesanan kerusi roda daripada Air Asia JB.

Kitorang bermalam di rumah Uda Ain & Uda Pejal. Uda Ain (ex-stewardess MAS) ingatkan kitorang kemas dan asingkan barang yg boleh dibawa naik atas kapal terbang dan buat persiapan terakhir.